Saturday 7 March 2015

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) - GOTONG ROYONG PERDANA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
GOTONG ROYONG PERDANA

UNIT HEM SKM
BAHAGIAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

TARIKH   :  7 MAC 2015
TEMPAT   : SK MENGKUANG
MASA      :  7.30 PAGI  - 12.30 TENGAHARI


Satu Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada 7 Mac 2015 bermula seawal jam 7.30 pagi hingga kira-kira 2.00 petang di SK Mengkuang.
Guru-guru , guru pelatih serta kakitangan sekolah yang hadir bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja menutup longkang di bahagian parkir kereta, mempercantikkan kantin sekolah, menambah baik mural di dinding sekolah, mengecat semula kerusi-kerusi batu serta mempercantikkan Surau sekolah. Kesemua kerja tersebut berjaya diselesaikan walaupun ada yang tidak siap sepenuhnya. Perancangan untuk membuat "line" di padang serta memperkemaskan bahagian depan sekolah tidak dapat dijalankan di sebabkan kesuntukan masa.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat . Sesungguhnya hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua.

Admin

Antara kenangan foto pada Gotong Royong Perdana


Kerja -kerja menambus simen longkang...kerja berat..
 


Guru-guru wanita bertungkus lumus mengecat dan menghias kantin
 


Guru-guru pelatih tekun memkemaskan kembali mural lama yang sudah pudar...
 
mengecat kembali kerusi batu lama..kelihatan PK1 Pn.Maizaun tekun mengecat...


Cikgu Razak tekun melihat Cikgu Musa membuat finishing lubang longkang, turut kelihatan 
Cikgu Zulkifli (PKHEM ) membantu Cikgu Musa
 
 Orang Kuat....berapa lori angkat oooo...

Kelihatan Cikgu Hairizan (PK KOKO ) memotong besi pelapik longkang , sambil dibantu oleh oleh
Ustaz Azrol Hisyam
Pekerja berkemahiran ( import) Cikgu Yahya......menunjukkan skill nya...

No comments:

Post a Comment