SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH

SK MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM , PULAU PINANG

Di tubuhkan pada tahun 1938 di atas tapak kepunyaan Tuan Haji Abdullah Bin Haji Man kira-kira 200 meter dari tapak bangunan sekarang.

1939     -           Bangunan tambahan dibina
1952     -           Bangunan baru satu tingkat , 6 biki di tapak sekarang
1968     -           28 Oktober , kerja-kerja membuat bangunan tambahan dan kantin
1985     -           5 Februari , bangunan baru 3 tingkat mula digunakan
1991      -           Pusat Kegiatan Guru Kawasan Penanti mula digunakan.
1992     -           Januari, kelas Pra Sekolah mula digunakan.
1994     -           Sekolah ini dinaikkan taraf dari Gred B ke Gred A.


Nama sekolah ini diambil sempena nama kampong dan nama tumbuhan yang terdapat di kawasannya. Nama tumbuhan itu ialah Mengkuang dan nama saintifiknya ialah Pandanus Atrocarpus.
Mengikut cerita orang-orang tua masyarakat setempat, pada masa dahulu kawasan ini ditumbuhi dengan pokok mengkuang dengan begitu banyak sekali. Sehingga sekarang pokok mengkuang masih boleh didapati di kawasan ini. Tidak hairanlah penduduk kawasan ini masih lagi mengusahakan perusahaan tradisinya iaitu membuat tikar mengkuang.
Dari segi geografinya, kawasan ini memang sesuai bagi pokok mengkuang  untuk tumbuh kerana ia terletak di kawasan lembah dan terdapat beberapa batang anak sungai yang mengalir di sini menyebabkan kawasannya menjadi lembap.

1 comment:

  1. assalam mualaikom. dpd Pengarah Muzium Nabawiah Malaysia supaya Tuan Guru Besar mewujudkan MUzium Mengkuang Malaysia di Sekolah Mengkuang Seberang Prai.

    ReplyDelete