Monday 16 March 2015

Perkhemahan Unit Beruniform SKM 2015

Perkhemahan Unit Beruniform SK Mengkuang 2015
13  -  15  Mac 2015
D'Omland Sungai Petani, Kedah


             Sekali lagi tahun ini, Unit KoKurikulum mengadakan perkhemahan Unit Beruniform di luar kawasan sekolah. Jika pada tahun lepas, SKM mengadakan perkhemahan di Teratak Afrina, Batu Kurau , Perak, kali ini kita pergi ke utara iaitu di Omland Sungai Petani , Kedah.
            Terima kasih kepada semua yang turut serta sebagai peserta, penyelaras, pembimbing dan yang banyak memberi sokongan....tahniah buat semua.

Antara foto-foto menarik sepanjang program...





bergambar kenangan...



























Tahniah buat semua....

Thursday 12 March 2015

Pengawas SKM 2015

 Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SKM 2015


       Pada tanggal 19 Januari 2015 yang lalu, satu upacara perlantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Mengkuang telah berjaya dijalankan. Perlantikan ini membabitkan, Pengawas dalam kalangan  murid-murid  Tahun 3 hingga Tahun 6.

       Sebagai simbolik upacara perlantikan, Ketua Balai Polis Kubang Semang sudi turun ke SKM untuk menyerahkan watikah perlantikan bersama beberapa anggota polis yang lain. Guru Besar SK Mengkuang yang baru , Pn.MIskiah Bt,Hj,Abd Aziz turut menjadi saksi pada upacara penyerahan watikah perlantikan tersebut.



Barisan Pengawas SKM 2015

Saturday 7 March 2015

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) - GOTONG ROYONG PERDANA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
GOTONG ROYONG PERDANA

UNIT HEM SKM
BAHAGIAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

TARIKH   :  7 MAC 2015
TEMPAT   : SK MENGKUANG
MASA      :  7.30 PAGI  - 12.30 TENGAHARI


Satu Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada 7 Mac 2015 bermula seawal jam 7.30 pagi hingga kira-kira 2.00 petang di SK Mengkuang.
Guru-guru , guru pelatih serta kakitangan sekolah yang hadir bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja menutup longkang di bahagian parkir kereta, mempercantikkan kantin sekolah, menambah baik mural di dinding sekolah, mengecat semula kerusi-kerusi batu serta mempercantikkan Surau sekolah. Kesemua kerja tersebut berjaya diselesaikan walaupun ada yang tidak siap sepenuhnya. Perancangan untuk membuat "line" di padang serta memperkemaskan bahagian depan sekolah tidak dapat dijalankan di sebabkan kesuntukan masa.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat . Sesungguhnya hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua.

Admin

Antara kenangan foto pada Gotong Royong Perdana


Kerja -kerja menambus simen longkang...kerja berat..
 


Guru-guru wanita bertungkus lumus mengecat dan menghias kantin
 


Guru-guru pelatih tekun memkemaskan kembali mural lama yang sudah pudar...
 
mengecat kembali kerusi batu lama..kelihatan PK1 Pn.Maizaun tekun mengecat...


Cikgu Razak tekun melihat Cikgu Musa membuat finishing lubang longkang, turut kelihatan 
Cikgu Zulkifli (PKHEM ) membantu Cikgu Musa
 
 Orang Kuat....berapa lori angkat oooo...

Kelihatan Cikgu Hairizan (PK KOKO ) memotong besi pelapik longkang , sambil dibantu oleh oleh
Ustaz Azrol Hisyam
Pekerja berkemahiran ( import) Cikgu Yahya......menunjukkan skill nya...